Ahmadiyya Awareness Campaign
19th August 1997
Kempen kesedaran tentang fitnah Ahmadiyah Qadiani
Segala pujian bagi Allah.
Kasih dan sejahtara atas junjungan kami Saidina Muhammad
( tiada rasul atau nabi selepasnya) serta keluarga dan sahabat baginda.
MENGAPA IA BUKAN MUSLIM
Kepercayaan Mirza Ghulam Ahmad
Oleh
Dr. Syed Rashid Ali
Translation by
Zubir Hussein, Singapore.
Assalamu-'alaikum wa Rahmatullah wa Barakaatu
Pada tahun Masehi 1974 para ulama Islam dari 124 negara telah berhimpun
di-Makkah al-Mukarramah di-bawah naungan Rabita al-Alam al-Islami. Dengan
sa-bulat suara, mereka meluluskan fatwah yang mengisytiharkan bahawa Mirza
Ghulam Ahmad Qadiani serta pengikut-nya (Gerakan Ahmadiyya/Qadiani/Ahmadi/Mirzai/Lahori)
sabagai MURTAD, KAFIR AND TERSINGKIR DARI UMMAH ISLAM. Bahkan, sejak 100
tahun kebelakangan para ulama Makkah al-Mukarramah, al-Madina al-Munawwarah,
Masir, India-Pakistan serta semua negara Arab dan Islam telah sapakat pendirian
mereka sasungguh-nya Mirza dan pengikut-nya ada-lah Murtad, Kafir dan bukan
Islam.
CARA DAN HELAH
Pengikut Mirza Ghulam Ahmad menggelar diri mereka 'MUSLIM AHMADI'. Mereka
sengaja berdaawah di-daerah daerah kedalaman di-mana orang-orang Islam
tidak pernah dengar nama Mirza Ghulam Ahmad, faham Qadiani atau gerakan
Ahmadiyya. Mereka megaku diri meraka dari golongan Ahli-Sunnah serta menawarkan
pertolongan dalam bentuk kewangan dan lain-lain kemewahan. Dengan cara
demikian sabilangan ummat Islam yang miskin dan kurang pengetahuan telah
di-sesatkan kebanyakan-nya dari negara-negara Afrika Tengah dan Barat,
Asia Timor dan Tengah. Ini kerana Muslim/Muslimah di-daerah tersebut tidak
tahu-menahu tentang fitnah MIRZA GHULAM atau AHMADIYYA and sama sekali
tidak di-maklumkan tentang fatwah yang seluruh ummat Islam telah menganggap
mereka MURTAD, KAFIR serta terkeluar dari ajaran Islam yang benar. Kesudahannya
pengikut Ahli-Sunnah berubah menjadi MUSLIM AHMADI.
PERTANAYAAN: Mengapakah meraka menggelar
diri mereka MUSLIM AHMADI jika mereka dari golongan AHLI-SUNNAH?
SIAPAKAH MIRZA GHULAM AHMAD SABENAR-NYA?
Mirza Ghulam Ahmad telah dilahirkan di-sabuah kampong bernama Qadian
di-Utara India pada tahun Masehi 1839 dan derasal dari keluarga Islam.
Ia mempelajari sadikit sabanyak ilmu Agama di rumah-nya. Ia juga sering
mengalami berbagai penyakit baik jiwa atau jasmani dan lazim megubati diri-nya
dengan CHANDU dan TONIK ARAK ANGGUR. Pemerintah Inggeris India mempengaruhinya
menjual iman-nya bagi mendapat ganjaran dunia. Ia juga mengakui diri-nya
Nabi Isa al-Masih, Imam Mahdi, sa-orang Nabi and bahkan sabagai kedatangan
NABI MUHAMMAD [Sallallahu alaihi wa sallam] yang kedua kalinya dalam bentuk
rupa Mirza untuk mengembang-kan ajaran Islam. Dalam pada itu ia mendakwa
telah menerima WAHYU dengan menyifatkan karangannya BRAHEEN-e-AHMADIYA
sagai KITAB ALLAH.
Pada masa itu penjajah Inggeris di-India menghadapi kesulitan dalam
pemerintahan disebabkan semangat Jihad orang-orang Islam lalu meggalakkan
Mirza Ghulam Ahmad mengarang beberapa kitab dan warkah dalam mana beliau
telah MENGHAPUSKAN JIHAD SABAGAI SHARAK dan menggantikannya dengan 'KESETIAAN
TERHADAP PEMERINTAH INGGERIS ADA-LAH SATU-SATU-NYA RUKUN IMAN'. Mirza menubuhkan
ALIRAN AHMADIYYAH pada tahun 1889 dan pengikutnya diberi nama MUSLIM AHMADI.
Ia menggelar SASIAPA YANG TIDAK MENERIMANYA DAN ENGGAN MENGIKTIRAF KENABIANNYA
ANAK HARAM( KETURUNAN SUNDAL). Mirza Ghulam Ahmad menemui ajal-nya pada
tahun 1908 tetapi Aliran Ahmadiyyah terus giat berkembang; pada mulanya
dibawah naungan Inggeris dan kemudian di-taja oleh Amerika Syarikat and
lain-lain negara yang memusuhi Islam.
KEPERCAYAAN MIRZA GHULAM AHMAD
Mirza Ghulam Ahmad mengarang 80 kitab dalam masa hidup-nya darimana
kita dapat mengenal cara pemikirannya dan memahami bagaimana dalam beberapa
masa keIslaman-nya menukar menjadi keingkaran dan kekufuran. Kesemua kitab-kitab
karangan Mirza Ghulam telah di-himpunkan dan diberi tajuk 'ROOHAINI KHAZAIN'
diterbit dan diedarkan oleh Pusat Aliran Ahmadiyyah diLondon.
Oleh kerana Mirza telah dilahirkan dalam keluarga Islam, buah fikirannya
pada awalnya tidak banyak berbeda dengan fahaman Ahli Sunnah. Dengan pengedaran
masa kepercayaan Mirza berubah sama sekali dan penulisannya bertukar mencerminkan
kesesatan dan bertentangan dengan Islam. Tidak hairanlah Golongan Ahmadi
dalam diayahnya hanya menyebut ajaran Mirza yang awal. Hal peristiwa Mirza
jarang disebut dan jika di-rujuk Mirza diperkenalkan sabagai sa-orang Mujaddid
atau Imam Mahdi atau Nabi Isa dan ini pula mengikut kaadaan atau taraf
pemikiran jemaah yang mereka tujukan. Dakwaan Mirza mencapai kenabiaan
tidak dibangkitkan.
Berikut adalah petikan dari kitab-kitab Mirza Ghulam dan berdasarkan
semua ini para ulamak Islam telah mengisytiharkan Mirza serta pengikutnya
Kafir, Murtad dan terkeluar dari Ummah Islam:
Mirza Ghulam Ahmad mengatakan (petikan dari
Izala-e-Auham, Roohani Khazain ,jilid 3, ms. 114-472) :-
- Nabi Muhammad(Sallallahu alaihi wa sallam] tidak mengerti maana Surah
Al-Zilzal.
- Para rasul yang lain juga telah berbuat salah dan berbohong. Kesilapan
juga didapati dalam wahyu yang diterima Rasulullah(Sallallahu alaihi wa
sallam]. (Di-sini Mirza cuba menutup kesalahannya sendiri baik kenyataannya
yang palsu atau telah telahan-telahannya yang tidak belaku- pegarang).
- Wahyu yang diterima Nabi Muhammad(Sallallahu alaihi wa sallam] tidak
memaklumkan tentang Ibnu-Maryam, Dajal, Ya'juj dan Ma'juj dan Daabatul
Ardh.
- Braheen-e-Ahmadiyya dirujuk sabagai Kitab Allah dalam karangan Mirza
yang lain umpamanya dalam Roohani Khazain jilid 22. Ms 502.
Contohnya… " Inna Anzalnaahu Qareeban min alQadian wa bil Haq anzalnaahu"
{Sasungguhnya kami telah mengutus-nya[ Mira] di-Qadian dan mengutus-nya
dengan kebenaraan}. Ayat yang kononnya wahyu ini juga telah dikandungkan
dalam Braheen-e-Ahmadiyya dan dengan nyata mendakwa bahawa Qadian telah
disebut terdahulunya didalam Qur'an atau Hadis.
- Rujukan kapada Makkah, Madinah dan Qadian didapati dalam Al-Qur'an
yang suci.
- Al-Qur'an megandungi perkataan-perkataan yang kurang sopan. { Mirza
kini berusaha mempertahankan kata-kata pesat yang digunakan terhadap mereka
yang membangkangnya}.
Mirza Ghulam mendakwa bahawa:
- Ia merupakan kedatangan Nabi Muhammad[Sallallahu alaihi wa sallam]
yang kedua kalinya bahkan lebih sempurna dan lebih berdarjat dari pengutusannya
yang pertama (Roohani Khazain jilid.16 ms 272).
- Nabi Muhammad[Sallallahu alaihi wa sallam] telah kembali ka-dunia sabagai
Mirza untuk mengembangkan Islam (Roohani Khazain jilid.17 ms 249).
- Penganut Ahmadiyya tidak harus membezakan antara Mirza Ghulam dengan
Nabi Muhammad[Sallallahu alaihi wa sallam] kerana " sasiapa yang membezakan
antara aku dan Mustafa[Sallallahu alaihi wa sallam] tidak pernah melihat
atau mengenalku"(Roohani Khazain jilid.16 ms 171).
- Mirza kononnya menerima WAHYU :'Muhammadur Rasoolullah wallazeena ma'ahoo
ashiddaohoo' ala alkuffar rohamao bainahum' dalam mana Tuhan telah menamakan
aku Muhammad dan Rasulullah (Roohani Khazain jilid.18 ms 207).
- Sasiapa menjadi ahli Jama'at Mirza dengan tersendirinya bertaraf Sahabat
Rasulullah (Roohani Khazain jilid.16 ms 259).
- Oleh sebab Mirza Ghulam tidak lain orangnya dari Nabi Muhammad[Sallallahu
alaihi wa sallam] maka apabila saorang Ahmadi mengucap KALIMA TAYYEBAH(
Shahadah) maksud Muhammad Rasululah ialah Mirza Ghulam Ahmad Qadiani (Kalimat
al-Fasl oleh Mirza Basheer Ahmad anak-nya Mirza Ghulam Ahmad Qadiani).
Dari Mirza anak Chiragh Bibi hingga-ka Isa ibn-Maryam
- Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan oleh Chiragh Bibi tetapi ia mendakwa
yang ianya adalah Isa ibn-Maryam. Mirza mengatakan pada mulanya Tuhan telah
merubahnya menjadi Maryam salama dua tahun. Salepas itu, Tuhan membuatnya
mengandung salama 10 bulan dengan meniup ruh Isa kadalam-nya dan akhir-nya
dia telah menukar menjadi Isa ibn-Maryam( Roohani Khazain jilid. 19ms 87-89).
Mirza Ghulam Ahmad mendakwa:-
- Dia adalah Massel Maseeh serta mempunyai beberapa persamaan dengan
Isa ibn-Maryam (Roohani Khazain jilid.1 ms 593) .
- Nabi Isa ada-lah anak Yusuf Najjar (Roohani Khazain jilid.3 ms 254).
- Nabi Isa telah wafat dan tidak lagi akan kembali (Roohani Khazain
jilid.3 ms402)
- Jesus (Nabi Isa) ada-lah sa-orang pembohong, kerap kali menyebut kata-kata
lucah, pemabuk, perakus and jahat, bukan orang yang salih atau mencari
kebenaran, dianya juga sombong dan angkuh dan mendakwa ketuhanan dirinya
(Roohani Khazain jilid.9 ms 289).
- "Sabenar-nya Nabi Isa tidak pernah memperlihatkan sabarang mukjizat"
(Roohani Khazain jilid.11 ms 290-291).
- "Tiga nenek moyang Nabi Isa ada-lah ahli zina dan pelacur dan
dari darah daging mereka Nabi Isa di-jadikan" (Roohani Khazain
jilid.11 ms 291).
- "Nabi Isa menjadi gila kerana penyakit sawan" (Roohani
Khazain jilid.9 ms 417).
- "Aku lebih senang jika Nabi Isa tidak pernah diturunkan kadunia
ini" (Roohani Khazain jilid.9 ms 417).
- "Aku lebih sempurna dari Isa ibne Maryam" (Roohani Khazain
jilid.1 ms 593).
- " Aku mempunyai beberapa sifat yang menyerupai Jesus ….sifatku
dan Jesus ibarat atom yang kembar atau dua benih dari pokok yang sama"
(Roohani Khazain jilid.1 ms 593).
Takabur Mirza bahawa
- " Qur'an adalah Kitab Allah dan sebutanku" (Iklan bertarih
15 Mar 1897, Roohani Khazain jilid.22 ms 87).
- " Aku yakin akan wahyu yang aku terima sama saperti Qur'an dan
Torah" (Roohani Khazain jilid.17 ms 454 ).
- "Asas dakwaan kami bukan Hadis dan Qur'an tetapi WAHYU yang kami
terima. Memang benar kami merujuk kapada Hadis yang disahkan Qur'an bilamana
ia memperkukuhkan dan TIDAK BERCHANGGAH DENGAN WAHYU KAMI. YANG LAINNYA
KAMI KETEPIKAN SAPERTI SAMPAH KERTAS" (Roohani Khazain jilid.19
ms 140).
- "Bait-ul-Zikr (Masjid disebelah Bait-ul-Fikr, bilik yang dimana
Mirza berdiam dan mengarang kitab-kitabnya) sama saperti Harram-e-Kaaba,
'Wa man dakhalahoo kaan amina' {dan sasiapa yang memasukinya berada dalam
keamanan}" (Roohani Khazain jilid.1 ms 666-667).
- Ayat 1 Surah 17(Al-Isra) dariAl-Qur'an: "Maha suci Tuhan yang
telah menjalankan hambanya ( Muhammad) pada malam hari dari Masjid Haram(di
Makkah) ka Masjid Aqsa( di Baitul Makdis)", erti and tujuannya adalah
Masjid yang dibina bapa Mirza Ghulam. (Himpunan iklan jilid. 3 ms 286)
[perhatian: Mengikut Mirza Ghulam Qur'an adalah kata-kata dari mulutnya,
Masjidnya sama dengan Masjid Haram, dan Masjid Aqsa pula terletak di Qadian
bukan Baitul Makdis]
Mirza memutuskan bahawa:
- "Kesemuanya telah terima dan percaya akan kenabianku melainkan
keturunan pelacur yang hati mereka itu telah ditutupi Tuhan" (Kamalate
Islam, Roohani Khazain jilid.5 ms 547).
- "Sasiapa yang enggan percaya tentang Mirza Ghulam Ahmad Qadiani
telah ingkar terhadap Tuhan dan Rasul dan akan dimasukkan kadalam Neraka"
(Iklan oleh Mirza Ghulam Ahmad bertarih 25 Mai 1900).
- "Aku adalah 'benih yang dengan kemahuan sendiri ditanam/dipelihara'
KERAJAAN INGGERIS. Kerajaan harus melindungi BENIH TANAMAN INI….mesti mengarah
kaki tangannya melayan AKU serta JAMA'AHKU dengan kemudahan and pertolongan
yang istimewa. Keluarga kami tidak pernah teragak-agak menumpahkan darah
mereka demi kepentingan Kerajaan Inggeris dan tidak berhenti menggadai
nyawa meraka sejak dahulu hingga kini" (Roohani Khazain jilid.13
ms 350).
- "Dari sejak remaja hinnga kini usiaku 65 tahun, aku senantiasa
sibuk, dengan lidah dan penaku, dalam tugas penting bagi mengubah hati
orang Islam kapada cinta, tulus-ihlas and simpati terhadap Kerajaan Inggeris
dan melesapkan fahaman Jihad dari hati sibodoh (Orang Islam) " (Kitab-ul-Bariyah,
Roohani Khazain jilid.13 ms 350 ).
- "….demi kepentingan Kerajaan Inggeris, sudahku menerbitkan dan
membahagi 50,000 keping kertas di negeri ini (India) dan negara Islam yang
lainnya (membahas Jihad) ..kesudahannya beratus ribu manusia telah menggugurkan
fahaman Jihad yang kotor itu." (Roohani Khazain jilid .15 ms 114).
Saudara/ Saudariku yang beragama Islam
Terdedah diatas adalah kepercayaan Mirza Ghulam Ahmad
dan Ahmadiyya/ Qadiani yang sabenarnya. Barang diingat bahan tulisan (peropaganda)
mereka hanya coba membuktikan bahawa mereka adalah Ahli Sunna.Beratus ribu
orang Islam telah kehilangan iman ditangan Qadiani/Ahmadi kerana mereka
tidak berpengetahuan tentang Mirza Ghulam atau Aliran Ahmadiyya.
Kuasa-kuasa Barat sangat kuatir akan KEBANGKITAN ISLAM,
SEMANGAT JIHAD ORANG ISLAM. Mereka faham bahawa SETIAP MUSLIM YANG MEMASUKI
QADIANI/AHMADIYYA berarti berkurangnya saorang Mujahid Islam. Tiap Ahmadi
wajib percaya yang JIHAD ITU HARAM. Aliran Ahmadiyya sabenarnya adalah
wakil Musuh Islam bagi mencuri iman kita dengan menggunakan nama Islam.
Samoga Allah tetapkan iman kita dari sagala bahaya kekufuran, Ameen.
Wassalamoalikum wa Rehmatullahe wa Barakhatohoo
Dr Syed Rashid Ali
P O BOX 11560
DIBBA al-FUJAIRAH
UNITED ARAB EMIRATES
T.No. (9719) 444022
FAX (9719) 442846
email: rasyed@emirates. net.ae